Pages

Wednesday, November 30, 2011

Nota Pendidikan Islam


 Semua pelajar dan guru boleh mendapatkan nota pendidikan Islam
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4


terima kasih Ustaz Mohamad Razi atas nota2u yang sangat berguna.
moga dapat dimanfaatkan bersama
Jazakallahu khairan jazak.

Nota penuh Pend Islam Tingkatan 4

 
Buat semua pelajar boleh download nota penuh Pendidikan Islam Tingakatan 4 di laman web berikut ;


terima kasih kepada pemilik www.KeTam.pja.my atas nota yang menarik.
Moga nota yang baik ini dapat dimanfaatkan bersama.
Jazakallahu khairan jazak.

Sunday, November 27, 2011

Kisah Uwais Al-Qarni (Wali Allah)


                                                                                
Nabi berpesan kepada Umar dan Ali :
“ Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. ”
Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “ al-Mubasyirun bil Jannah ” iaitu mereka sudah dijamin masuk syurga. Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali :
Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doanya sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”
Umar dan Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. soalan yang sama iaitu :
Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? “
Nabi menjawab :
“ Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan Nabi s.a.w. , minta sesuatu yang baik kepada mereka, Nabi s.a.w. menjawab :
Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt. ”
Maka topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari, yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau secara logiknya, ahli syurga seolah tidak perlu kepada pengampunan dosa daripada Allah s.w.t. kerana mereka sudah dijamin masuk syurga, namun tidak, Nabi s.a.w. masih menekankan supaya meminta Allah untuk mengampunkan dosa.
Memang benarlah firasat seorang Nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari arah Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang Nabi s.a.w. maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang kurang berakal.

Siapakah Uwais Al-Qarni?

Asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya “ Haudat ”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibu Uwais semakin uzur hari demi hari dan berkata kepada anaknya pada suatu hari :
“ Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji. ”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dirinya gila.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya :
“ Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di Mekah? ”
Uwais menjawab :
“ Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi :
“ Bagaimana pula dengan dosa kamu? ”
Uwais menjawab :
“ Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga. “
Ibunya berkata lagi :
“Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini. “
Uwais berkata :
“ Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala. “
Ibunya menambah :
“ Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa. ”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa :
“ Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit. ”
Allah s.w.t. menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w. kepada Umar dan Ali.
” Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. “
Tidak lama kemudian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Sayyidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. , mereka meminta supaya Uwais berdoa agar Allah swt. mengampunkan semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata :
“ Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. “
Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Monday, November 21, 2011

Nota Tokoh Islam SPM

NOTA TOKOH ISLAM SPM

Sunday, July 17, 2011

Fadhilat Syaaban



1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyengutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar. 

dipetik dari :http://adlizakaria.blogspot.com

Lakukan perubahan....

                               





Assalamualaikum..
Pernah satu ketika diri terasa begitu terbeban
diri terasa perit dah penat...
rasa ingin berundur dari dunia keguruan yang sangat mencabar...
hingga diriku menemui serta memahami 
erti sebenar menjadi guru..
 " Daripada Abu Bakar RadiallahuAnhu..Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa:
Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau
seorang yang mendengar ilmu atau 
seorang yang mencintai ilmu
dan jangan jadi yang kelima kerana akan binasala ia..."
Hadis tu menunjukkan bahawa..Nabi perpesan supaya kita jadi orang yang berilmu..mencintai ilmu...
Guru..
sangat besar tanggungjawab serta pengorbanan...
Menyampaikan..mengajar...dan yang paling penting mendidik manusia menjadi seorang yang berakhlak mulia..
Ya Allah...
Kau kuatkanlah hatiku...Kau permudahkanlah jalan bagiku...
untukku menjadi seorang guru yang
dapat mendidik manusia menjadi
insan yang berguna...
Amin

*movie di atas sangat memberi kesan buat diriku...moga ia juga memberi kesan untuk kita
'make a difference'....saksikanlah...











Thursday, June 23, 2011

Hukum Berkahwin Bagi Wanita Mengandung yang Berzina.



Sepakat jumhur para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil.

 Jika perempuan yang berzina itu melahirkan anak selepas tempoh enam bulan selepas akad maka anak tersebut disahtarafkan kepada si penzina lelaki tetapi jika sebaliknya kurang dari enam bulan dari akad nikah perkahwinan maka anak tersebut tidak boleh disahtarafkan kepada lelaki si penzina tersebut.



 Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu. Mereka berselisihan pendapat berkaitan hal ini berdasarkan  pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :


الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
 

Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:


لا يحرم الحرام الحلال


Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal(   nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.



Seterusnya ulama mazhab Syafie berpendapat diharuskan untuk berkahwin dengan wanita penzina berdasarkan kepada kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 24 mafhumnya:


dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian

Perkataan selain daripadanya itu menunjukkan kesinambungan dari ayat sebelumnya, ayat 23 berkaitan tentang golongan perempuan yang haram untuk dikahwini. Maka selain daripada itu adalah dibenarkan.


Berkaitan kesahtarafan anak boleh klik 




Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengatakan bahawa ‘Perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya’.

KESIMPULAN:


Ironinya, Ulama hanya berselisih pendapat pada keharusan untuk berkahwin dengan wanita mengandung yang berzina dengan lelaki bukan si penzina. Mereka khilaf berdasarkan kepada beberapa autoriti yang sah. Manakala jumhur ulama sepakat berkaitan keharusan untuk berkahwin bagi perempuan mengandung si penzina dengan lelaki si penzina. Ulama Mazhab Syafie mengharuskan untuk berkahwin dengan perempuan mengandung yang berzina berdasarkan ketetapan pada ayat 24 surah an-Nisa'. Bagi perempuan mengandung dalam tempoh iddah adalah diharamkan sama sekali untuk berkahwin. Relevan mengharuskan perkahwinan ini adalah berdasarkan keharusan oleh ulama Mazhab Syafie sendiri selain dapat menjaga taraf kesahtarafan anak yang bakal dilahirkan jika selari dengan garis panduan yang ditetapkan sebagai anak sahtaraf.





RUJUKAN
Fiqh islami wa adilatuhu jilid 9 
Tafsir pimpinan ArRahman
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

Di petik dari :  http://tajfarhah86.blogspot.com/2009/12/hukum-berkahwin-bagi-wanita-mengandung.html

Sunday, April 10, 2011

NOTA RINGKAS PANDUAN JAWI

NOTA RINGKAS PANDUAN JAWI

MODUL JAWI TAHAP 2

MODUL JAWI TAHAP 2



atau download di

MODUL JAWI TAHAP 1

MODUL JAWI TAHAP 1







atau download di http://www.docstoc.com/docs/document-preview.aspx?doc_id=58171301

NOTA TAJWID


NOTA TAJWID

Harga Sebuah Ilmu...




Pada suatu ketika dalam sebuah perjalanan, Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Kesemua harta milik Imam Ghazali dan kafilahnya telad dirampas. Dengan rendah hati, Imam Ghazali meminta kepada ketua perompak agar dipulangkan beg galas miliknya kerana dia amat menyayangi kitab-kitab tersebut.
Lalu ketua perompak bertanya "Apakah yang terdapat dalam kitab-kitab ini?" Imam Ghazali menjawab "Ilmu", Ketua perompak bertanya lagi kepada Imam Ghazali " Adakah hilangnya kitab-kitab ini , bererti hilanglah ilmu?" Imam Ghazali berkata " Ya, kalau kitab ini hilang , bererti hilanglah ilmu. Oleh itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak merenung wajah Imam Ghazali, lalu berkata "Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab? "
Kata-kata ketua perompak benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut. Ia telah menyedarkan Imam Ghazali suatu perkara yang selama ini diabaikannya. Semenjak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab-kitab miliknya.

AQIDAH Tingkatan 4

DOSA BESAR

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Monday, February 28, 2011

Tabahkan hatimu....




Kehidupan kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran... bagaimana pula kita menghadapinya...?Semoga dengan ayat-ayat Al-Quran ini dapat memberikan kita kekuatan dan semangat untuk terus berjuang....

KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU
IDAM-IDAMKAN?

• Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

RASA KECEWA?
• Surah Al-Imran ayat 139
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. "

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka."

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal "

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
•Surah Yusuf ayat 87
"dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "

Surah An-Nisaa' ayat 86
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu."


***********
Bersabarlah atas setiap dugaan yang menimpa...
pape maslah kita..jgn fikirkan ianya terlalu besar..hadapi dengan tenang dan berserah kepada Allah...tapi mcm mana nak tenang...?mm baca quran dan selawat keatas Nabi serta Istighfar byk2..inshaAllah akan terasa ketenangan tu...
 jgn takut unt hadapi sebarang masalah dan cabaran hidup..hidup kita umpama laut..yang sentiasa ada ombak dan badai..hadapi dengan penuh kekuatan dan semangat..pastinya ia akan mematangkan kita...yang paling penting..andai hubungan kita dengan Allah dijaga pastinya hubungan sesama manusia akan terjaga..

Saturday, February 26, 2011

Makhraj Huruf Dan Sifat Huruf Hijaiyah


MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT HURUF HIJAIYAH

Baca Kisah Ini, Kemudian Fikir, Adakah Anda Sanggup Lagi Membuka Aurat..(WAJIB BACA)

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, katadoktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan… kakak taubat dahLan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. . " itu dah terlambat.

Sumber diambil dari facebook kawan untuk dikongsi.-RANDAU RUAI

"Kenapa Tak Rogol Saya?"

Kisah benar ini berlaku di US. 
image Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yangbagus.
Suatu malam perempuan ini dalamperjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasatakut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorongitu. Dia sudah mula rasa takut dan taksedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia bacaayat Kursi dengan penuh pengharapan agarAllah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasibbaik lelaki itu buat tidak endah danperempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelakiyang tidak dikenali dekat lorong yangdia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putihyang dia lihat semalam adalah perogolitu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspekmelalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebutwalhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini naktahu sangat sebabnya. Jadi dia mintakebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat sayamalam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other onewas by your left side. If you were aloneof course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tusaya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudahpasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengarpenjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurutsegala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjagabatas-batas yang ditetapkan Islam.Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjagahambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikatmemeliharanya hingga subuh. Barang siapayang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …" [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

sumber: MD REDZUAN - RANDAU RUAI

AYAT HAFAZAN TINGKATAN 4

SURAH AL-AN'AM AYAT 162-163




SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11




SURAH LUQMAN AYAT 12-19

Friday, February 25, 2011

BAB 21 : KERAJAAN BANI UMAYYAH


Untuk semua pelajar tingkatan 4 SGGS,
bagi memudahkan anda memahami
BAB 21 : KERAJAAN BANI UMAYYAH
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

 sila download nota yang menarik ini.

Monday, February 21, 2011

senyum...






senyum 
mengundang seribu kemanisan
seribu ketengan 
dan ketenteraman ..
senyum..
pengubat hati hati yang luka
pengubat jiwa lara..

senyum..banyak faedah sebenarnya..
banyak kelebihan padanya..
dengan senyum..hati yang luka mungkin boleh kita ubati..
dengan senyum  ...hati yang jauh boleh kita dekati..
dengan senyum ..hati yang ego bisa ditakluki...
tapi..jangan pula senyum disalah erti..
senyumlah ..pada yang sepatutnya
semoga dengan senyuman 
menambahkan pahala buat kita...

andainya kita gembira...senyumlah..
supaya kegembiraan kita dapat dikongsi bersama..
supaya dapat mengubat hati-hati yang duka...
kerana kadang kala orang yang bersedih,berduka boleh terhibur dengan senyuman kita..
.jadi kita dapat membantu mereka dengan mudahnya...

andai kita berduka...senyumlah..
kerana senyuman boleh  mengubat jiwa..
boleh menguatkan hati kita  ..
kerana..pada hakikatnya..
kebahagian  lahir dari dalam diri kita jua..

jadi..
senyumla dengan ikhlasnya....

"Bangunlah hai diri...menjejak jalan sufi..dan para Nabi..yang diberkati..lagi diredhoi.."






























Tuesday, February 1, 2011

Harga sebuah kenangan



Kenangan…
Terlalu indah bersama..
Bagai hati terbuka..
Bila kau bersuara…
Bagai indahnya kata…
Bila kau berbicara..
Bagai berbunga ceria..
Bila kau senyum tawa…

Harga itu bagai tiada nilai..
Bila dibanding dengan dirimu..
Tulusnya hatimu..
Sucinya ikhlas itu…
Tidak dapat kuragu…

Tika itu…
Tubuhku longlai lesu…
Jiwa dibelenggu…bisu..
Bagai tiada secebis kekuatan
Bagai tiada harapan…
Tika itu..
Kau tunjukkanku ketenangan…
Kau berikanku kekuatan..
Kau bukakanku jalan…
Kau ingatkanku pada Tuhan..

Pertemuan..
terungkai sudah perpisahan…
Menggamit rindu yang tak mampu diluahkan..
Terbuku…kaku…
Terlalu pilu…
Perlukah perpisahan itu..

Perpisahan..
Mengajarku erti kenangan..
Tersirat padanya
sejuta rahmat Tuhan...
                                                                         Mawarsufi