Pages

Wednesday, January 26, 2011

Selalu memohon ampun...


Kita  insan biasa..tidak pernah sunyi dari melakukan salah dan silap..tidak pernah suci dari noda dan dosa...tapi bagi kita ruang dan waktu untuk terus bertaubat dan mengubah kesalahan yang pernah kita lakukan..Berusahalah selagi masih ada peluang..

Abu Hurairah meriwayatkan , katanya ,"Saya pernah mendengar Rasulullah berkata , " Demi Allah! Saya memang memohon ampun dan bertaubat kepada Allah lebih dari 70 kali sehari." -Direkodkan oleh Bukhori-
 
Abdullah bin Abbas meriwayatkan , Rasulullah pernah berkata, " Sesiapa yang sentiasa beristighfar,maka Allah akan menyediakan baginya jalan keluar bagi setiap kesusahan. Allah juga menyediakan baginya penyelesaian bagi setiap keresahannya. Allah juga memberikan kepadanya rezaki dari sumber-sumber yang tidak disangka-sangka." - Direkodkan oleh Abu Daud.-
        

Saturday, January 22, 2011

Permulaan bagiku...


Assalamualaikum..
Salam perkenalan...
Alhamdulillah dengan kesempatan masa dan sedikit ruang, sempat jua bagi diriku menjengah ke alam cyber ni..
Hidup ini ibarat pentas ujian...Setiap detik,setiap masa penuh dengan ujian dan cabaran...cabaran yang pelbagai..cabaran yang sentiasa menguji keimanan, ketabahan,kejujuran keikhlasan dan sebagainya..
Kita boleh memilih cara untuk meneruskan kehidupan ini..sama ada dengan menerima hakikat kehidupan atau menafikannya...sekiranya kita terima dengan redho..dengan penuh ketabahan dan menyerah diri pada Allah ,insha Allah hidup kita akan lebih tenteram dan tenang...diri akan merasakan ujian itu sebagai persinggahan...Tetapi kiranya kita tidak menerimanya dengan terbuka..hati bertambah resah..dirasakn ujian kecil itu bagai terlalu berat untuk dipikul...
Terserahla pada empunya diri..pilihla jalan kita sendiri...moga-moga jalan itu diberkati Ilahi..
"Bangunlah hai diri...menjejak jalan sufi..dan para Nabi..yang diberkati..lagi diredhoi.."